Sunday 9 February 2014

Medical Card: Takaful Health2

Kos perubatan yang semakin meningkat disebabkan rawatan perubatan yang lebih maju. Oleh itu, PruBSN Takaful telah mengeluarkan satu produk inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi yang dinamakan Takaful Health2.

Takaful Health2 merupakan satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan seperti pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 - 70 tahun yang menyertai mana-mana plan PruBSN Link Series.


  • Ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) sehingga RM500 jika tidak melakukan sebarang tuntutan pada tahun tersebut.
  • Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan atau mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. 
  • Mendapatkan manfaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi dan manfaat bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50, 000.
  • Selain ko-Takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel samada deduktibel bernilai RM3,000 atau RM 10,000 bergantung kepada keperluan plan perubatan anda.
  • Memberikan perlindungan sehingga mencapai usia sehingga 25, 70, 80 atau 100 tahun.
  • Rawatan di luar negara. Dengan TH Overseas akan ada pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis keadaan di Singapura, Hong Kong, China atau India. 
  • Naik taraf plan Takaful Health2 secara AUTOMATIK ke plan yang bernilai lebih tinggi sebanyak dua kali tanpa mengambil kira keadaan kesihatan pencarum dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika disertakan dengan TH Auto Upgrade. 
  • Pilihan untuk KETEPIKAN had tuntutan tahunan bagi plan dengan pilihan ko-takaful. Ia merupakan TH Annual Limit Waiver yang ditawarkan kepada plan ini dengan pilihan ko-takaful sahaja. Dengan ini, tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan akan melebihi had tuntutan.


Jadual manfaat Takaful Health2 







  •  Berapakah sumbangan yang perlu dibayar?


Bagi plan Takaful Health2, sumbangan bulanan ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan dan perlu dibayar sepanjang tempoh plan tersebut dipersetujui.

  • Saya seorang yang sihat, kenapa saya perlu mengambil Takaful Health2?


Semua orang mahu kekal sihat dan cergas. Maka, dengan Takaful Health2, PruBSN Takaful akan memberikan ganjaran NCB dan ganjaran tersebut akan digunakan untuk membeli unit tambahan dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA). Jika memilih plan yang tinggi, maka NCB yang menanti juga tinggi nilainya.


Contoh pengiraan NCB:-
Lelaki berusia 30 tahun yang telah menyertai Pelan TH2 Pelan250 yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM1,187:

TahunSumbangan Tahunan (RM)Adakah tuntutan dibuat?Layak untuk NCB?Amaun NCB diterima untuk tahun berikut (RM)
11,187TidakYa300
21,187YaTidak-
31,187TidakYa300
41,187TidakYa300
51,187YaTidak-




  • Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya sekiranya kos perubatan kian meningkat?

Dengan TH Annual Limit Wavier pada mana-mana plan Takaful Health2 akan membuatkan plan anda dapat ketepikan had tahunan dalm satu tahun dan tidak perlu bimbang sekiranya jumlah tuntutan perubatan anda tinggi dari yang sepatutnya. 

Apabila TH Annual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk 
kepada amaun ko-Takaful sebanyak 10%.

Selain itu, PruBSN Takaful menyediakan satu lagi pilihan iaitu Takaful Health2 disertakan dengan  TH Auto Upgrade. Maka, taraf anda akan dinaikkan secara AUTOMATIK pada ulang tahun ke-5 dan ke-10.





  • Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?


Pelanggan boleh mendapatkan rawatan di luar negara tetapi batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila menyertakan TH Overseas dengan plan Takaful Health2.

Dengan rider ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di negara terpilih:-

  1. Singapura
  2. Hong Kong
  3. China
  4. India

Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut dan Takaful Health2 hanya memberi perlindungan untuk keadaan berikut:

  1. Pembedahan berkaitan kanser.
  2. Neurosurgeri.
  3. Pembedahan pintasan arteri koronari.
  4. Pembedahan injap jantung.
  5. Pemindahan organ (pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pancreas dan sum-sum tulang).

Bagi keadaan yang dilindungi, jika pelanggan memilih untuk dimasukkan ke dalam hospital bagi melakukan pembedahan sama ada di Malaysia atau luar negara:

  1. Manfaat Kebajikan akan dibayar bagi setiap kali kemasukan pembedahan. 
  2. Pemegang sijil yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan tidak layak untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital & Surgeri dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar untuk keadaan yang dilindungi di bawah manfaat TH Overseas. 
  3. Boleh membuat tuntutan Manfaat Kebajikan bagi kemasukan berkali-berkali bagi pembedahan keadaan yand dilindungi di Malaysia dan tuntutan membuat rawatan perubatan tempatan di bawah Takaful Health2 berdasarkan caj yang berpatutan. 



Di bawah adalah jadual manfaat-manfaat untuk TH Overseas:



  • Caj yang akan dikenakan bagi plan Takaful Health
Butiran caj wakalah dan caj lain di senaraikan dalam jadual di bawah:-





Berminat? Untuk pertanyaan lanjut mengenai kad perubatan PruBSN sila hubungi:

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN



No comments:

Post a Comment