Monday, 17 February 2014

Wanita terima pampasan kemalangan RM402, 157.25

*imej kredit to Google.com

Si isteri menerima pampasan sebanyak RM402, 157.52 kerana suaminya mengalami kemalangan di Rantau Abang dan mangsa merupakan seorang jurutera Petronas berumur 27 tahun. 

Nilai bukan lah penentu, tapi ia dapat membantu keluarga mangsa meneruskan kehidupan seperti perbelanjaan sekolah anak-anak dan perbelanjaan harian.

 Bayangkan, sekiranya si isteri tidak bekerja dan anak-anak masih kecil, bagaimanakah mereka ingin meneruskan kehidupan? Jikalau wanita tersebut ingin mencari kerja, anak-anak perlu dihantar ke pusat penjagaan yang belum tentu selamat, lebih-lebih lagi dengan kes penderaan yang kerap berlaku. 

Sekurang-kurangnya, wang yang diterima hasil caruman kita setiap bulan dapat meringakan beban keluarga yang ditinggalkan. 

PruBSN Takaful berhad menyediakan pelbagai kad perubatan yang memenuhi keperluan dan yang paling penting mematuhi Syariah Islam. Dengan kad perubatan PruBSN anda boleh memilih samada ingin sepenuhnya dilindungi atau ko-takaful, bergantung kepada pelan yang anda inginkan. 




Untuk pertanyaan lanjut mengenai kad perubatan PruBSN sila hubungi:

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN


~SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN~

Sunday, 16 February 2014

PruBSN Link Series

Tawaran perlindungan dan pelaburan yang tepat bagi menjamin masa depan anda dan juga keluarga. Plan kewangan yang kukuh perlu ada bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda dan keluarga bagi sebarang kejadian yang tidak diingini dalam kehidupan pada masa akan datang.



Keperluan anda:



DAN


Di dalam PruBSN Link Series ini terbahagi kepada tiga, iaitu:










PruBSN TakafulLink



Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana TakafulLink yang mendapat kelulusan Syariah yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangka masa panjang berbanding membuat simpanan di akaun simpanan bank.

Plan ini dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur dengan matlamat bagi menangani keadaan-keadaan yang tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda bagi mengawal kehidupan anda sepenuhnya.



  • Siapakah yang layak mengambil pelan TakafulLink?

Umur kelayakan
26-70 tahun
Umur tamat tempoh / matang
80 atau 100 tahun
Minimum sumbangan / bulanan
RM100



Anda akan dapat menikmati manfaat seperti berikut sekiranya setia mencarum pada setiap bulan :


  • Dana-dana TakafulLink 
Takafulink Dana Bon 
Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangka masa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Syariah yang diluluskan dan dengan risiko yang rendah ke sederhana.

Takafulink Dana Urus 
Dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka sederhana ke panjang yang dicapai dengan pelaburan saham dan sekuriti berasakan Syariah melalui TDE dan TDB serta dana-dana yang lain. 

Takafulink Dana Ekuiti 
Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangka masa sederhana ke jangka masa panjang melalui pelaburan di dalam saham Syariah yang diluluskan dan tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Ia juga untuk mereka yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangka masa panjang.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
Bagi memberi pulangan dana dalam jangka masa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Syariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.  Ia juga untuk mereka yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangka masa panjang.




Berminat? Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi..

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN




Wednesday, 12 February 2014

PruBSN SmartLink

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Tetapi, malangnya, pada zaman teknologi ini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen yang tinggi dari segi wang ringgit selain dari masa dan juga tenaga.

Para ibu bapa mengharapkan anak mereka berjaya hingga ke menara gading, tetapi untuk memasuki ke peringkat lebih tinggi memerlukan perbelanjaan yang sangat besar, terutamanya universiti atau kolej swasta. Disebabkan masalah kewangan, secara tidak langsung, ibu bapa menghalang hak mereka untuk berjaya.

Oleh itu, PruBSN SmartLink direka khas untuk membantu ibu bapa bagi usaha merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak. Ia menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan ynag kukuh untuk anak-anak.




Umur kelayakan
1- 18 tahun
Umur tamat tempoh / matang
25, 80 atau 100 tahun
Minimum sumbangan / bulanan
RM50


  • Perlindungan tambahan yang diberikan oleh PruBSN SmartLink.
Plan ini melindungi anak-anak seawal 20 minggu kehamilan. Sepanjang tempoh kehamilan, PruBSN SmartLink akan memberikan perlindungan yang sepatutnya sehingga dia dilahirkan dan tambahkan manfaat dengan Extra Basic bagi memberikan perlindungan kepada si ibu yang hamil dan juga manfaat selepas lahir bagi bayi. 



  • Bagaimanakah PruBSN SmartLink menyumbang ke arah pendidikan anak-anak?
        *Tertakluk kepada terma dan syarat





Untuk membuat tuntutan, pencarum perlulah:
  1. Pastikan bayaran sumbangan adalah yang terkini.
  2. Buat satu salinan yang telah disahkan bagi sijil peperiksaan asal si anak.
  3. Serahkan salinan tersebut kepada pihak PruBSN Takaful Berhad. 
  4. Selepas diproses, pihak PruBSN akan memberikan cek bagi pencapaian anak anda.
Sangat mudah bukan? :))



  • Perlindungan asas PruBSN SmartLink


  • Bagi meningkatkan lagi taraf PruBSN SmartLink.
Tingkatkan lagi taraf plan dengan manfaat tambahan yang berikut, bagi mendapatkan perlindungan yang lebih lagi.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat 


  • Contoh jadual sumbangan
BUTIRAN
ADAM
Umur
5
Plan
PruBSN SmartLink
Umur tamat tempoh
25
Status kesihatan
Bukan perokok
Pekerjaan
Kanak-kanak
Jumlah perlindungan
RM36,000
Kekerapan pembayaran
Bulanan
Amaun sumbangan
RM50



PruBSN SmartLink ini berfungsi berdasarkan konsep Wakalah Bil Ajr yang bermaksud PruBSN menempatkan sumbangan pencarum ke dalam akaun pencarum  selepas mengambil caj wakalah, iaitu yuran bagi perkhidmatan yang disediakan. 


  • Caj-caj yang terlibat dalam PruBSN SmartLink.
        *Tertakluk kepada terma dan syarat




Pencarum layak menerima sekurang-kurangnya 50% dari lebihan yang akan diagihkan (jika ada) bagi setiap tahun. Baki sehingga 50% akan dikongsi bersama syarikat sebagai insentif unuk menguruskan Dana Tabaruu' dan lebihan yang ada akan dimasukkan ke dalam Akaun Unit Pelaburan pencarum.





Pelbagai manfaat yang anda bakal perolehi, selain dari dapat menyelesaikan masalah kewangan anda bagi membiayai yuran-yuran anak anda ke pengajian yang lebih tinggi. Percayalah, pada masa akan datang, anda akan tersenyum melihat kejayaan mereka hasil dari bantuan anda.







Jangan tangguhkan lagi pembiayaan pelajaran untuk anak-anak anda.

Berminat? Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi..

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN

PruBSN First Link

PruBSN adalah plan yang memberikan kebebasan untuk memenuhi keperluan gaya hidup bagi setiap peringkat kehidupan pencarum. PruBSN First Link juga meraikan pencapaian di dalam kehidupan melalui Bonus AchieveFirst.


Umur kelayakan
19-25 tahun
Umur tamat tempoh / matang
 80 atau 100 tahun
Minimum sumbangan / bulanan
RM100





Tawaran PruBSN FirstLink.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.



Berikut merupakan cara bagi membuat tuntutan.

  • Anda perlu memastikan bayaran bulanan adalah yang terkini. 
  • Dokumen-dokumen berikut hendaklah dibuat satu salinan yang telah disahkan. 


  • Kemudian serahkan salinan tersebut kepada PruBSN Takaful Berhad.
  • Setelah diproses, anda akan menerima cek bonus tersebut.
Sangat mudah bukan :)



Kemudian, tingkatkan taraf Plan PruBSN anda dengan menikmati manfaat yang berikut:

*Tertakluk kepada terma dan syarat



Berminat? Untuk pertanyaan lanjut mengenai kad perubatan PruBSN sila hubungi:

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN




Monday, 10 February 2014

Balu terima insurans RM231,000




Keratan gambar ini diambil dari Sinar Harian Mac, 2013. Secara ringkasnya, mengenai arwah suami wanita tersebut yang hanya sempat membayar caruman sebanyak RM250 bagi sebulan, dan itu merupakan pembayaran kali pertama sebelum meninggal dunia. 

Balu tersebut, menerima pampasan insurans Prudential BSN Takaful sebanyak RM 231, 950.10 bagi membantu kehidupannya bersama anak-anak.


Ternyata, plan insurans Prudential BSN Takaful ini dapat membantu anda, terutamanya sebagai ketua keluarga supaya bersedia menghadapi kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh. 

Walaupun anda sudah pergi meninggalkan mereka atau pendapatan terhenti akibat hilang upaya untuk bekerja, Prudential BSN Takaful akan dapat membantu waris anda bagi meneruskan kehidupan. 


Berminat? Untuk pertanyaan lanjut mengenai kad perubatan PruBSN sila hubungi:

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN


Sunday, 9 February 2014

Medical Card: Takaful Health2

Kos perubatan yang semakin meningkat disebabkan rawatan perubatan yang lebih maju. Oleh itu, PruBSN Takaful telah mengeluarkan satu produk inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi yang dinamakan Takaful Health2.

Takaful Health2 merupakan satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan seperti pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 - 70 tahun yang menyertai mana-mana plan PruBSN Link Series.


  • Ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) sehingga RM500 jika tidak melakukan sebarang tuntutan pada tahun tersebut.
  • Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan atau mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. 
  • Mendapatkan manfaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi dan manfaat bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50, 000.
  • Selain ko-Takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel samada deduktibel bernilai RM3,000 atau RM 10,000 bergantung kepada keperluan plan perubatan anda.
  • Memberikan perlindungan sehingga mencapai usia sehingga 25, 70, 80 atau 100 tahun.
  • Rawatan di luar negara. Dengan TH Overseas akan ada pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis keadaan di Singapura, Hong Kong, China atau India. 
  • Naik taraf plan Takaful Health2 secara AUTOMATIK ke plan yang bernilai lebih tinggi sebanyak dua kali tanpa mengambil kira keadaan kesihatan pencarum dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika disertakan dengan TH Auto Upgrade. 
  • Pilihan untuk KETEPIKAN had tuntutan tahunan bagi plan dengan pilihan ko-takaful. Ia merupakan TH Annual Limit Waiver yang ditawarkan kepada plan ini dengan pilihan ko-takaful sahaja. Dengan ini, tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan akan melebihi had tuntutan.


Jadual manfaat Takaful Health2 







  •  Berapakah sumbangan yang perlu dibayar?


Bagi plan Takaful Health2, sumbangan bulanan ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan dan perlu dibayar sepanjang tempoh plan tersebut dipersetujui.

  • Saya seorang yang sihat, kenapa saya perlu mengambil Takaful Health2?


Semua orang mahu kekal sihat dan cergas. Maka, dengan Takaful Health2, PruBSN Takaful akan memberikan ganjaran NCB dan ganjaran tersebut akan digunakan untuk membeli unit tambahan dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA). Jika memilih plan yang tinggi, maka NCB yang menanti juga tinggi nilainya.


Contoh pengiraan NCB:-
Lelaki berusia 30 tahun yang telah menyertai Pelan TH2 Pelan250 yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM1,187:

TahunSumbangan Tahunan (RM)Adakah tuntutan dibuat?Layak untuk NCB?Amaun NCB diterima untuk tahun berikut (RM)
11,187TidakYa300
21,187YaTidak-
31,187TidakYa300
41,187TidakYa300
51,187YaTidak-




  • Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya sekiranya kos perubatan kian meningkat?

Dengan TH Annual Limit Wavier pada mana-mana plan Takaful Health2 akan membuatkan plan anda dapat ketepikan had tahunan dalm satu tahun dan tidak perlu bimbang sekiranya jumlah tuntutan perubatan anda tinggi dari yang sepatutnya. 

Apabila TH Annual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk 
kepada amaun ko-Takaful sebanyak 10%.

Selain itu, PruBSN Takaful menyediakan satu lagi pilihan iaitu Takaful Health2 disertakan dengan  TH Auto Upgrade. Maka, taraf anda akan dinaikkan secara AUTOMATIK pada ulang tahun ke-5 dan ke-10.





  • Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?


Pelanggan boleh mendapatkan rawatan di luar negara tetapi batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila menyertakan TH Overseas dengan plan Takaful Health2.

Dengan rider ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di negara terpilih:-

  1. Singapura
  2. Hong Kong
  3. China
  4. India

Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut dan Takaful Health2 hanya memberi perlindungan untuk keadaan berikut:

  1. Pembedahan berkaitan kanser.
  2. Neurosurgeri.
  3. Pembedahan pintasan arteri koronari.
  4. Pembedahan injap jantung.
  5. Pemindahan organ (pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pancreas dan sum-sum tulang).

Bagi keadaan yang dilindungi, jika pelanggan memilih untuk dimasukkan ke dalam hospital bagi melakukan pembedahan sama ada di Malaysia atau luar negara:

  1. Manfaat Kebajikan akan dibayar bagi setiap kali kemasukan pembedahan. 
  2. Pemegang sijil yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan tidak layak untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital & Surgeri dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar untuk keadaan yang dilindungi di bawah manfaat TH Overseas. 
  3. Boleh membuat tuntutan Manfaat Kebajikan bagi kemasukan berkali-berkali bagi pembedahan keadaan yand dilindungi di Malaysia dan tuntutan membuat rawatan perubatan tempatan di bawah Takaful Health2 berdasarkan caj yang berpatutan. 



Di bawah adalah jadual manfaat-manfaat untuk TH Overseas:



  • Caj yang akan dikenakan bagi plan Takaful Health
Butiran caj wakalah dan caj lain di senaraikan dalam jadual di bawah:-





Berminat? Untuk pertanyaan lanjut mengenai kad perubatan PruBSN sila hubungi:

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN



Thursday, 6 February 2014

Medical Card: PruBSN HealthEnrich Premier

Plan Health Enrich direka oleh Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) bagi memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan dan mendapatkan rawatan dari doktor pakar yang bertaraf dunia. nikmati keistimewaan dengan mendapatkan keselesaan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi kehamilan yang ekskluif dan penginapan suite yang mewah.

Lengkapi kehidupan nada semua dengan kelebihan yang disediakan oleh pakej HealthEnrich Premier .

* Had kemasukan hospital yang tinggi untuk keperluan perubatan anda. 
* Pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan. 
* Privasi dan keselesaan penginapan suite di hosital-hospital pilihan di seluruh negara.

             
                   
Umur kelayakan
14 hari – 70 tahun
Umur tamat tempoh / matang
25, 70 atau 80 tahun
Perkongsian kos
Perlindungan sepenuhnya oleh insurans.




Berikut merupakan yang ditawarkan di dalam pakej HealthEnrich Premier. 




Berminat? Untuk pertanyaan lanjut mengenai kad perubatan PruBSN sila hubungi:

No. Tel : 016-722 5669 (Mohd Shahnom Ismail-agent PruBSN Takaful Berhad)
Facebook - Mohd Shahnom Ismail PruBSN


Wednesday, 5 February 2014

Plan Perlindungan PruBSN Takaful

PruBSN Takaful menyediakan plan simpanan, perlindungan dan pelaburan di Prudential BSN Takaful Berhad dan merupakan pakej yang lengkap untuk diri dan keluarga mengikut syarak Islam.

Dengan hanya memilih plan insurans yang anda inginkan akan dapat melindungi hidup anda dan keluarga dan juga menikmati manfaat tambahan bagi setiap plan perlindungan.

Oleh itu, pilihlah dengan bijak.