Friday 26 July 2013

Akibat Bayar Caruman Insurans Kepada Agen Insuran - Pampasan Gagal Dibuat


Jiran sekampung sudah mengambil insurans perubatan selama 5 tahun.
Baru-baru ini dia terlibat kemalangan dan mahu buat tuntutan insurans.

Selama ini dia tidak mencarum terus ke syarikat insurans melalui direct debit atau kad kredit, dia bayar setiap bulan ke akaun agen insurans.

Apa yang terjadi amat menyedihkan, dia tidak dapat menuntut insurans tersebut.

Agen yang bertanggungjawab sudah berbulan tidak membayarkan carumannya ke syarikat.
Jadi insuransnya 'lapsed', tidak berfungsi.

Pengajarannya, pastikan anda terus membayar caruman ke syarikat insurans, bukan bayar melalui agen.

Agen ini manusia yang ada sifat lupa.
Dan ada juga segelintir yang aneh-aneh.

Expect the unexpected...


(Sumber Gambar : Ikhlaswarisan.Blogspot.Com)

No comments:

Post a Comment